Pengurusan berat badan

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Untuk melatih helang, pengurusan berat badan helang amat penting. Helang yang terlalu berat akan menjadi malas untuk terbang sekiranya dipanggil. Falconer perlu mencari berat badan yang sesuai untuk helang masing2. Cam manusia jugak, masing2 ada berat badan sendiri. Walaupun dari spesis yang sama, setiap helang mempunyai berat badan ideal tersendiri. Adalah menjadi tugas falconer untuk mencari berapa berat badan ideal untuk helang anda. 

Proses ini kelihatan rumit & leceh, tetapi berat badan ideal akan menjamin tindakbalas yang tepat serta dapat mengelakkan masalah helang terbang pergi tak kembali. Video dibawah menunjukkan hasil latihan dari penjagaan berat badan ideal.






Teknik mengawal berat badan

Kawalan berat badan dibuat keatas helang yang sedia untuk dilatih iaitu helang yang jinak dan sudah biasa dengan Feed On Fist (FOF). 

1) Dapatkan berat badan helang anda. Katakan 330g 

2) Kurangkan berat tersebut sebanyak 3%-5% dengan cara mengurangkan jumlah makanan yang diberikan. 

Dalam contoh diatas sasaran penurunan berat badan adalah antara 320.1g (3%) dan 313.5g( 5%). Penurunan berat akan mengambil masa yang agak lama bagi helang jenis besar tetapi bagi helang jenis kecil, penurunan ini dapat dicapai dalam sehari atau dua hari. 

3) Setelah penurunan berat berjaya dicapai, mulakan latihan Jump To The Fist (JTTF) dengan jarak permulaan antara 30cm-60cm. Sekiranya helang membuat lompatan, catatkan berat tersebut sebagai berat ideal yang mesti dikekalkan. Sekiranya helang tidak membuat lompatan, berat badannya hendaklah dikurangkan sebanyak 3%-5% lagi. 

Penurunan berat badan hendaklah dibuat dengan cara mengurangkan jumlah makanan yang diberikan setiap hari, bukan dengan cara puasa. Berikan makanan setiap hari tetapi dalam jumlah yang sedikit dari biasa. Penurunan berat badan hendaklah dicatat & dikawal dengan berhati2. 

Helang yang dah biasa dengan FOF lebih mudah melakukan lompatan. Cuma dia akan teragak2 kerana tidak yakin untuk hinggap ditangan. Anda perlu sabar dengan keadaan ini. Helang akan memerhatikan glove & umpan dalam glove. Ia akan membongkok untuk melompat tapi tidak melompat. Anda perlu bersabar kerana ia akan melompat juga akhirnya.

Sebaik sahaja helang melompat ke tangan, timbang berat badan helang dengan segera. Berat ini dinamakan berat 'rajin' + 'lapar'. Teruskan latihan sampai helang berhenti melompat dan timbang lagi berat badannya. Berat ini dinamakan berat 'malas'. 

Contoh:

Berat asal = 330g
Penurunan berat kali pertama = 313.5g (5% dari 330g)
Keputusan latihan = Tidak melompat

Penurunan kali kedua = 297.8g (5% dari 313.5g)
Keputusan latihan = Tidak melompat

Penurunan kali ketiga = 282.9g (5% dari 297.8g)
Keputusan latihan = Melakukan lompatan pertama

Ini bermakna 282.9g adalah berat 'rajin' + 'lapar'. Ia telah melompat buat kali pertama kerana telah 'lapar'. Berat ini sebenarnya berat yang tidak sihat. Setelah berjaya membuat lompatan kali pertama, biasanya helang akan berani melompat lagi. Teruskan latihan sehingga helang berhenti membuat lompatan dan timbang berat badannya lagi. Berat akhir latihan ini dinamakan berat 'malas'.

Untuk sesi latihan seterusnya, turunkan semula berat badan seperti kali pertama. Pada kebiasaannya, ia akan mula melompat pada berat yang lebih tinggi.

Contoh:

Berat malas = 330g
Penurunan berat kali pertama = 313.5g (5% dari 330g)
Keputusan latihan = Tidak melompat

Penurunan kali kedua = 297.8g (5% dari 313.5g)
Keputusan latihan = Membuat lompatan pertama bagi sesi kali ini

Ini bermakna 297.8g adalah berat 'rajin' atau berat ideal. Berat ini hendaklah dikekalkan pada setiap masa untuk mendapatkan tidakbalas terbaik dari helang. Teruskan latihan sehingga mencecah berat 'malas' & rehatkan helang.


Jenis makanan yang menyumbang kepada naik/turun berat badan

Daging merah seperti puyuh, atau daging hitam seperti merpati akan menambah berat badan. Manakala daging putih seperti ayam tidak akan menyebabkan berat badan bertambah. 

1 comment:

  1. macam mana nk training utk helang jenis soaring ya ?

    ReplyDelete