Mengenali helang

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Helang ialah haiwan pemangsa yang berada di tangga teratas sekali dalam rantaian makanan. Metabolisme badan helang adalah seperti seorang atlit. Ia perlu bersenam & sentiasa mengekalkan 'fitness'. Naluri helang adalah seperti pembunuh & ia perlu membunuh untuk makan. Sukan falconry menitikberatkan soal bersenam & memburu untuk membunuh bagi tujuan mencari makanan. Ia akan membuatkan helang muda yang dilatih lebih cekap dan handal setelah dilepas untuk hidup bebas.

Helang bukanlah haiwan yang hidup secara berkumpulan. Biasanya helang hidup bersendiri atau bersama pasangannya yang biasanya kekal sepanjang hayat. Ia bukan spesis yang bertukar2 pasangan. Ini menunjukkan bahawa helang bukanlah spesis haiwan yang bersosial seperti burung macaw, cockatoo atau gagak. Spesis yang bersosial atau hidup secara berkumpulan lebih mudah menerima manusia sebagai kawan. Manakala spesis yang tidak bersosial seperti helang, sama sekali tidak mahu menerima manusia sebagai kawan. Maka latihan helang agak berbeza berbanding latihan terhadap spesis lain yang bersosial seperti kucing, anjing, macaw, cockatoo & lain2.

Bagi helang, falconer adalah orang yang memudahkannya untuk mencari makan. Tidak lebih dari itu. Sekiranya ia merasakan tidak perlu lagi kepada falconer, ia akan terbang pergi & tidak akan pulang lagi. Jadi, amatlah penting bagi falconer untuk menjadi seorang rakan memburu yang berkesan bagi mengelakkan rakan memburu anda iaitu si helang menjadi bosan dengan anda & mengakibatkannya terbang pergi.

Layanan yang baik kepada helang seperti memandikannya seminggu sekali/dua kali terutama pada hari yang panas akan membuatkannya suka untuk bersama falconer. Tempat tinggal yang sesuai yang melindunginya dari hujan & panas jugak salah satu faktor yang membuatkan helang lebih suka tinggal bersama falconer. Makanan yang baik atau sentiasa mendapat makanan merupakan faktor terbesar untuk helang tinggal bersama falconer.

Terdapat bbrp kes diluar negara dimana helang yang telah dibebaskan oleh falconer pulang semula kepada tuannya. Mungkin kerana faktor kesukaran untuk mendapatkan makanan semasa memburu bersendirian. Boleh jadi helang tersebut merasakan lebih mudah untuk memburu bersama falconer. 

Memburu sendirian bermakna helang terpaksa berlegar2 diudara pada suatu jangkamasa yang lama sebelum menemui mangsa. Atau bertenggek berjam2 di dahan pokok & berpindah dari satu dahan ke dahan lain sampai petang namun tak dapat hasil. Sekiranya memburu bersama falconer, mangsa akan dihambat keluar dari tempat persembunyian oleh falconer. Ini bermakna, hanya beberapa minit berjalan-jalan di padang bersama falconer, helang sudah boleh mendapatkan makanan.



0 comments:

Post a Comment