Nota dari En. M. Alan Jenkins bahagian 3



November 25, 2014

I will respectfully disagree that you should not handle your hawk during the molt. It will stay tamer and also trained if you feed it on the glove each day, but also it will be in better physical shape (stronger) if you exercise it daily. Jump-ups are my favorite. See this page, previously referred to for Jump-ups





But basically the bird is flown to the fist from a low perch (not the ground, that will endanger the tail feathers) to the fist held as high as possible above the head and only a few feet away so the hawk has to fly hard at a steep angle to get its reward of a tidbit. Your hawk will not be able to do lots of hard Jump-ups because he is not flown a lot and will be fat during the molt and because his flight feathers are damaged. Let him do the best he can and then as he gets better increase the difficult slowly. I have used a ladder to stand on to get the hawk to have to fly 10 feet up almost vertically. This will make him stronger and faster and keep him tame. You are treating him and training him like an athlete---which is what he should be.



I don't think he will be stressed by this. Instead I think hawks sometime suffer from the lack of activity and boredom during the molt.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang anda tidak boleh mengendalikan helang anda ketika molting. Ia akan lebih jinak & terlatih sekiranya anda memberinya makan diatas glove setiap hari serta berada dalam keadaan sihat dan cergas sekiranya latihan harian diteruskan. Rujuk link dibawah dibahagian Jump-ups


Secara asasnya burung akan terbang ke tangan dari kedudukan yang lebih rendah semasa bertenggek di perch (bukan dari atas tanah, yang boleh merosakkan bulu ekor). Tangan ditinggikan melebihi kepala dan anda hendaklah berdiri cuma beberapa kaki dari kedudukan helang bertenggek supaya ia terpaksa terbang secara mendaki untuk mendapatkan makanan. Helang anda tidak dapat melakukan terlalu banyak Jump-up kerana ia kurang diterbangkan dan akan menjadi gemuk semasa proses 'molting' (menyalin bulu).  Biarkan helang anda melakukan yang terbaik dan tambahkan kesukaran dalam latihan secara berperingkat. Saya pernah menggunakan tangga untuk membuatkan helang terbang secara menegak setinggi hampir 10 kaki. Ini akan membuatkannya lebih kuat, pantas dan mengekalkannya setiasa jinak. Anda sedang melatihnya seperti atlit -- itulah yang sepatutnya bagi seekor helang.

Saya tidak merasakan bahawa ia akan menjadi tegang. Sebaliknya, kadangkala helang menderita kerana kekurangan aktiviti dan kebosanan semasa 'molting'. 


November 30, 2014

I don't know what kinds of predators you have where you live, but in the U.S. it often happens that a trained raptor left out overnight will be killed by a Great Horned Owl, and other larger or of similar size owl to your hawk could kill it in the night. Owls look 'friendly' but they are strong and serious predators. In Africa I imagine there are some night hunting reptiles that could catch and swallow your bird. Might mongooses also be a problem? If your bird is not coming back to you, maybe you are feeding it too much before you call it back to you for the last time in the day, or maybe it is too fat.

Leaving it out overnight is not a problem with its training, but is a threat to its safety and life.

Saya tidak tahu apakah jenis pemangsa yang ada di tempat tinggal anda, tetapi di U.S, kerap berlaku raptor terlatih yang dibiarkan tinggal di luar pada waktu malam dibunuh oleh Great Horned Owl serta burung hantu jenis lain yang sama saiz dengan helang tersebut. Burung hantu kelihatan mesra tetapi mereka adalah pemangsa yang kuat. Di Africa, terdapat reptilia besar yang memburu diwaktu malam yang boleh membunuh helang. Mungkin cerpelai juga boleh mendatangkan masalah? Sekiranya helang anda tidak kembali kepada anda, kemungkinan anda memberinya makan terlalu banyak sebelum memanggilnya pulang pada penghujung sesi latihan atau boleh jadi ia terlalu berat.

Membiarkannya di luar sepanjang malam tidak memberikan kesan terhadap latihan, cuma kemungkinan terdapat ancaman bahaya kepadanya.

Yes, mobbing crows are also a danger.

Raptors that are molting are kept indoors, for the most part. They can be tied to a perch outdoors for supervised bathing and supervised weathering in the shade, or flown to the fist on a creance (line). Without weight control, being tied to a perch or being on a creance, you essentially have no control over a fat bird.

Ya, kumpulan gagak juga merupakan ancaman.

Raptor yang sedang 'molting' biasanya disimpan di dalam. Ia bole ditambat di perch di luar untuk mandi atau berjemur dibawah pengawasan, atau diterbangkan ke tangan dengan menggunakan creance. Tanpa pengurusan berat, diikat di perch atau menggunakan creance, anda sebenarnya tidak mempunyai kawalan keatas burung yang gemuk.

0 comments:

Post a Comment