Menyediakan keperluan asas

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Berikut adalah beberapa perkara asas yang mesti disediakan sebelum anda memiliki helang.

1) Mew (pondok/bangsal yang selamat)
2) Perch (tempat bertenggek di kawasan terbuka)
3) Bath pan (bekas mandi yang besar & selesa untuk mandi & minum)
4) Set anklet (mengikat kaki burung dengan cara yang betul & tidak mencederakan)
5) Glove (mengelakkan kecederaan pada tangan & memudahkan latihan)
6) Alat penimbang


1) Mew

Mew atau bangsal untuk helang (org Kedah kata reban) mestilah disediakan. Helang tidak boleh dimasukkan kedalam sangkar macam sangkar kucing. Ia akan melanggar sangkar & menyebabkan luka pada bahagian atas paruh serta kepala. Bulu ekor & sayap helang akan patah & rosak apabila termasuk di celah lidi besi sangkar. Sekiranya anda ingin mendapatkan helang, mew adalah perkara pertama yang mesti disediakan. Saiz mew minima adalah pada ukuran yang sesuai dengan saiz helang anda. 

Panjang = lebih panjang dari panjang depa sayap dari ujung ke ujung. Katakan panjang depa sayap dari ujung ke ujung ialah 1.3m. Maka panjang mew minima ialah 1.5 atau 1.6m

Lebar = lebih panjang dari ujung paruh ke ujung ekor. Katakan dari ujung paruh ke ujung ekor ialah 60 cm, maka lebar mew minima ialah 80cm. Ini kerana helang akan membongkokkan diri ketika hendak berak. Kita takmau kepala atau ekor tersentuh dinding mew

Tinggi = ketinggian yang sesuai asalkan kepala helang tidak menyentuh bumbung mew & ekor helang tidak mengena lantai semasa ia bertenggek dalam mew. Maka kedudukan tempat bertenggek bagi helang hendaklah sesuai. Katakan dari ujung paruh ke ujung ekor ialah 60cm & tempat bertenggek ialah 40cm dari lantai supaya ekor tidak mengena lantai, maka tinggi mew sekurang2nya ialah 1m.

Bahan untuk membuat mew ialah plywood kerana ia tidak panas & murah. Mew hendaklah ditutup rapat seolah2 bilik gelap & dibuat beberapa lubang udara di sekeliling mew untuk mendapatkan aliran udara yang baik.

Anggaran yang disebut diatas adalah saiz minima bagi kita yang secara umumnya mempunyai ruang terhad. Sekiranya anda mempunyai kawasan yang luas, sediakan mew bersaiz 3m panjang x 3m lebar x 2m tinggi dengan dua lapisan pintu supaya helang tidak terlepas keluar ketika anda membuka pintu untuk keluar/masuk.

Sekiranya mew bersaiz kecil & mempunyai hanya satu pintu, maka helang hendaklah sentiasa ditambat didalam mew supaya tidak terlepas keluar semasa pintu dibuka.





2) Perch

Perch atau tempat bertenggek bagi helang digunakan apabila meletakkan helang di kawasan terbuka. Ia juga digunakan semasa melatih helang. Perch boleh dibuat dari besi atau paip PVC. Bahagian untuk helang bertenggek hendaklah dibalut dengan bahan lembut & kesat seperti tali guni/jerami/sabut atau tiub motorsikal. Perch juga boleh dibuat dari tunggul kayu yang besar.







3) Bath pan

Bekas air yang besar & sesuai untuk helang turun mandi & minum. Bath pan hendaklah sentiasa dicuci & air dalam bath pan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih. Sebaik2nya bath pan adalah berbentuk bulat supaya leash atau jesses tidak tersangkut di bucu bath pan. 

Gambar dibawah menunjukkan mew, perch PVC & bath pan. Bath pan akan turut dimasukkan kedalam mew sekiranya helang disimpan.






4) Set anklet

Set anklet diperlukan untuk mengikat kaki helang supaya kawalan terhadapnya lebih mudah. Ia amat penting untuk menambat helang di perch atau ketika latihan Fly To The Fist (FTTF)




Video dibawah menunjukkan cara2 pemasangan set anklet di kaki helang. Pastikan lubang kecil untuk loceng dipasang dibahagian atas bagi mengelakkan dari kuku helang termasuk ke lubang tersebut. 







Beginilah rupanya setelah dipasangkan anklet.






5) Glove

Glove amat penting ketika mengendalikan helang. Kuku helang amat tajam & bole mengoyak bukan sahaja kulit malah isi lengan kita. Sekiranya helang sekadar bertenggek, ia tidak akan melukakan tangan/lengan. Sekiranya helang mencengkam tangan/lengan atas sesuatu sebab tertentu, sekurang2nya akan tercalar jugak. Lebih2 lagi kalau helang yang kita dapat tu masih liar, sudah tentu ia akan menyerang kita.

Glove yang terbaik ialah falconry glove. Biasanya dibuat dari dua lapisan kulit. Namun harga glove ini mahal. Biasanya terdapat dalam dua saiz iaitu pendek & panjang. Saiz pendek hanya setakat separuh lengan manakala saiz panjang biasanya sampai ke siku. Tertakluk kepada panjang lengan masing2.

Untuk menjimatkan kos, welding glove juga boleh digunakan kerana welding glove agak tebal & biasanya dibuat dari kulit sintetik. 


Gambar dibawah menunjukkan glove panjang 45cm yang dibuat dari dua lapisan kulit lembu & hood bersaiz 45mm untuk Mountain Hawk Eagle






6) Alat penimbang

Alat penimbang berat badan amat penting dalam falconry. Ia digunakan semasa membesarkan anak helang & lebih penting lagi semasa latihan. Sekiranya anda mendapatkan anak helang yang masih kecil, penimbang berat diperlukan untuk memastikan yang berat badan anak helang semakin bertambah. Semasa melatih helang yang mencecah usia remaja atau awal usia dewasa, alat penimbang menjadi lebih penting lagi kerana kita perlu mencari berat badan ideal dimana helang menjadi rajin untuk terbang ke tangan untuk mengambil upah dlm bentuk makanan atau dipanggil titbits.

Semasa melatih helang, kelaparan atau kebuluran bukanlah motivasi untuk menjadikan ia rajin terbang ke tangan. Kelaparan atau kebuluran juga bole menyebabkan helang menjadi lemah & tidak dapat atau tidak mahu terbang ke tangan. Sekiranya ia lemah & tidak mahu terbang ke tangan, kebanyakan falconer menambahkan lagi tahap kebuluran dengan tidak memberikan makanan kerana menyangka ia masih kekenyangan. Terdapat bbrp kes teknik latihan berdasarkan kelaparan/kebuluran yang berakhir dengan kematian.

Saya mencadangkan penggunaan alat penimbang elektronik kerana lebih tepat & mudah dibaca. Alat penimbang mekanikal biasanya memberikan bacaan yang tidak tepat kerana spring dalam alat tersebut akan menjadi lemah setelah digunakan untuk jangkamasa yang lama. Ini bermakna sedikit penambahan/pengurangan berat akan memberikan bacaan yang besar pada penimbang mekanikal. 









1 comment: