Menyediakan diet yang sesuai

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Amaran: JANGAN SEKALI2 MEMBELI AYAM/PUYUH DARI SUPERMARKET KERANA BAHAN PENGAWET YANG DIGUNAKAN AKAN MEMBAHAYAKAN HELANG. Belilah ayam dari kedai runcit & belilah puyuh hidup yang dijual di kedai haiwan.

Diet yang akan saya ceritakan adalah sesuai untuk semua helang yang berusia lebih sebulan. Bagi helang yang masih kecil atau 'eyeass', saiz makanan & jenis makanan mungkin berbeza.

Secara umumnya, semua jenis helang boleh diberi makan ayam. Isi ayam akan membekalkan nutrien yang hampir cukup untuk helang. Akan tetapi, isi ayam tidak mengandungi kalsium. Kalsium amat penting bagi helang untuk menguatkan tulang, kuku & paruh. Sekiranya anda hanya memberikan helang anda makan isi ayam semata2, kemungkinan besar tulang, kuku & paruh helang anda rapuh & mudah patah.

Kalsium untuk helang diperolehi dari tulang ayam. Bagi anak helang, seluruh kepak ayam termasuk kulit, isi & tulang bole dipotong pendek pada kadar panjang puntung rokok. Bagi helang dewasa, hulur jer kepak seketul. Biar dia patahkan & makan sendiri. 

Bahagian dada ayam yang ada tulang rusuk pon bole dibagi. Untuk anak helang, potong pendek dada ayam sekali dengan tulang rusuk. Buat potongan pendek pada kadar puntung rokok. Untuk helang dewasa, bagi jer dada ayam tu sekali dengan tulang rusuk.

Ayam sebagai diet harian tidak lengkap. Seminggu sekali kena bagi sekurang2nya seekor puyuh atau dua ekor tikus. Sekiranya anda memberikan tikus kepada helang anda, biarkan helang anda makan keseluruhan tikus tersebut termasuk isi perut, tulang & bulu. Sekiranya anda memberikan puyuh kepada helang anda, cabut semua bulu pelepah, cabut hampir semua bulu badan & tinggalkan bbrp helai & biarkan helang anda makan keseluruhan puyuh tersebut.

Tujuan diet seminggu sekali (minima) keseluruhan seekor puyuh atau keseluruhan dua ekor tikus adalah untuk memastikan helang mendapat nutrien yang cukup untuk badan. Tulang puyuh/tikus untuk kalsium, isi & organ dalaman untuk nutrien lain, manakala bulu puyuh/tikus adalah untuk mencuci sistem penghadaman helang.

Bulu puyuh/tikus berfungsi sebagai pencuci sistem penghadaman tetapi ia tidak dapat dihadamkan. Bulu ini akan dimuntahkan semula sebagai bebola bulu yang dipanggil 'pallet'


Gambar dibawah menunjukkan pallet bulu puyuh


Gambar dibawah menunjukkan pallet bulu anak ayam




Diambil dari komen En. M. Alan Jenkins pada posting En. Ren (fb id Faren Hawker)

Faren, your post asking for help for feeding your hawk-eagle was taken off Asian falconry Facebook list, I do not know why. So, I will answer you here because "cow meat" is not a complete diet for a growing bird. 

It MUST have a complete diet of wh
ole small animals including fur or feathers, small bones and some water on the food. Also, buy some bird vitamins from a pet store and add them to the food using the directions on the package.

Large meals of only cow meat will not have enough vitamins, and bones for calcium to keep it alive. Feed the whole body of small mammals (mice, rats) or birds, small chickens, duck, or other birds. Without the calcium from bones it will get a disease called rickets and have mis-formed and even broken bones. It needs fur and feathers to clean out its stomach, at least every 2-3 days. The eagle will spit out the feathers and fur from its mouth in about 24 hours each time. The meat will be a little dry so add a fe milliters of water to each meal, and have a bath for the bird. REMOVE THE WHOLE DIGESTIVE TRACT OF THE ANIMALS FROM THE MOUTH TO THE ANUS, without cutting into the tract. The digestive tract can have parsasiites and bacteria that will cause disease. Let it eat the non-intestine organs like the liver, livers have vitamins. Do not wait, start immediately.

It would be best if you knew these things before getting an eagle, I suggest you buy a falconry book that tells how to raise young raptors.


Faren, posting anda yang meminta bantuan untuk hawk-eagle anda telah dipadam di fb Asian Falconry, saya tak tahu kenapa. Jadi, saya akan menjawabnya disini kerana daging lembu bukanlah diet lengkap bagi burung yang membesar.

Ia MESTI mendapat diet yang lengkap dengan memakan keseluruhan haiwan termasuk bulu, tulang kecil dan sedikit air pada makanan. Berikan sedikit vitamin yang boleh dibeli di kedai haiwan peliharaan mengikut sukatan yang terdapat pada bungkusan. 

Memakan daging lembu sepenuhnya tidak membekalkan vitamin yang cukup serta tidak membekalkan kalsium untuk tulang. Berikan helang anda makan keseluruhan haiwan seperti mamalia kecil (tikus putih), burung, anak ayam atau anak itik. Tanpa kalsium untuk tulang, ia boleh mendapat penyakit yang dipanggil rickets atau tulang yang tidak berbentuk sempurna bahkan boleh menyebabkan tulang patah.  Ia perlukan bulu haiwan untuk mencuci perutnya sekurang2nya sekali setiap 2-3 hari. Helang akan memuntahkan semula bulu tersebut dalam masa lebih kurang 24 jam selepas makan. Letakkan sedikit air pada makanan setiap kali memberikannya makan dan mandikan ia. BUANG SELURUH SALURAN PENGHADAMAN HAIWAN DARI MULUT KE DUBUR, tanpa terpotong mana2 bahagian saluran tersebut. Saluran tersebut mengandungi parasit dan bakteria yang boleh menyebabkan helang anda sakit. Berikan helang anda makan organ dalaman seperti limpa kerana limpa mengandungi banyak vitamin. Jangan tunggu, mulakan sekarang.

Adalah lebih baik untuk mempunyai pengetahuan terlebih dahulu sebelum mendapatkan helang. Saya cadangkan anda membeli buku yang mengandungi maklumat mengenai membesarkan anak helang. 

1 comment:

  1. bagaimana cara pemakanan anak burung helang yang masih kecil ?

    ReplyDelete