Memilih helang yang sesuai untuk falconry

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Dalam bahasa Melayu, semuanya helang atau lang. Tapi, dalam bahasa Inggeris, ada eagle, falcon, hawk, kite, buzzard dan beberapa jenis lagi namun kurang popular. Setiap jenis ada "perangai" atau sikap tersendiri. Terdapat perbezaan antara setiap jenis yang disebutkan dari segi fizikal, cara terbang & cara/tabiat memburu.




Eagle

Kebiasaannya besar & berat. Cara mencari makan ialah berlegar2 tinggi diudara & menjunam terus kepada mangsa. Sekiranya terlepas, ia akan cuba mengejar. Mangsa jenis lincah yang bole mengelak ke kiri/kanan akan menyebabkan eagle gagal. Ia akan cepat penat & akan berehat atau naik semula keudara & kembali berlegar. Tempat mencari makan biasanya di kawasan lapang & terdedah dimana eagle bole mencari mangsa dari kedudukan tinggi diudara tanpa disedari oleh mangsa. 

Saiz badan yang besar & berat serta sayap yang lebar & panjang tidak membolehkan eagle terbang dengan lincah & tidak boleh membuat pergerakan mengejut dari kedudukan bertenggek. Secara ringkas, eagle ialah sebuah pesawat kargo atau pesawat komersial yang memerlukan runway panjang utk take-off & mengambil masa yang lama untuk sampai ke ketinggian yang diperlukan.


Falcon

Kebiasaannya saiz sederhana, sayap yang kecil tetapi panjang. Falcon terkenal sebagai haiwan yang paling laju dibumi. Kemampuannya menjunam dengan kelajuan 200mph (batu sejam) tidak boleh ditandingi oleh mana2 haiwan lain. Ini membolehkan ia mengejar burung lain & menyerang diudara. Sekiranya aksi mengejar tidak berhasil, falcon akan naik tinggi di udara utk mencari mangsa. Kemudian menjunam dengan kelajuan tinggi & terus menghentam mangsa. 

Saiz badan yang sederhana/kecil & sayap kecil yang panjang membolehkan falcon membuat pergerakan mengejut & terbang amat laju. Tetapi kekurangan falcon ialah tidak dapat membuat pergerakan lincah. Walaupun falcon bole memecut laju dari kedudukan bertenggek, sekiranya mangsa mengelak ke kiri atau kanan, falcon akan terlepas mangsa tersebut kerana kelajuannya & sayapnya yang panjang tidak membolehkan falcon membelok dengan cepat. Secara ringkas, falcon ialah sejenis peluru berpandu roket yang bole terbang laju & tepat ke sasaran tetapi tidak lincah seperti jet pejuang.


Hawk

Kebiasaannya saiz sederhana atau kecil & mempunyai sayap yang tidak terlalu lebar & tidak terlalu panjang. Hawk mempunyai kelincahan pergerakan aerobatik. Pergerakan hawk amat lincah & bole membelok secara mengejut, menyelit di ruang sempit bahkan melanggar apa sahaja rintangan semata2 mahu mendapatkan mangsa. Cara hawk mencari makan adalah diam ibarat patung menunggu mangsa keluar. Sebaik sahaja mangsa keluar, ia akan memecut laju mengejar tanpa mengira keselamatan diri asalkan mangsa dapat ditangkap. Secara ringkas, hawk adalah sebuah jet pejuang yang bole menyerang dari pelbagai sudut.

Saya kurang memerhatikan sikap Kite & Buzzard. Kedua2 jenis ini kurang popular dalam falconry. Sebelum memilih helang untuk falconry, kita hendaklah memilih jenis mangsa buruan terlebih dahulu. 

Jenis eagle seperti Golden Eagle digunakan di Mongolia untuk memburu di padang pasir atau kawasan lapang. Mangsa buruan biasanya musang. Termasuk jugak haiwan2 liar seperti rusa atau arnab dikawasan padang rumput. Malangnya di Malaysia tiada arnab liar di kawasan padang rumput. Kawasan lapang yang ada ialah sawah bendang. Mangsa di sawah boleh jadi pelbagai burung, ular & tikus di sawah.

Jenis falcon digunakan hampir di seluruh dunia & menjadi pilihan hampir semua falconer. Mangsa buruan adalah pelbagai jenis burung, itik & angsa liar. Malangnya falcon tiada di Malaysia melainkan ia datang semasa penghijrahan burung dari musim sejuk di negara asalnya ke negara tropika. Ada juga yang diimport masuk namun falcon bukanlah spesis tempatan.

Jenis hawk dan variansnya, hawk-eagle banyak terdapat di Malaysia sesuai dengan bentuk mukabumi Malaysia yang banyak hutan, ladang, semak samun & belukar. Mangsa pilihan semestinya ayam hutan, burung wak2, puyuh & pelbagai spesis burung di sawah yang biasa dijadikan makanan. 

Saranan saya, dapatkan jenis hawk atau hawk-eagle kerana ia lebih sesuai untuk tujuan falconry.




Mengapa saya tekankan memecut dari kedudukan bertenggek?

Semasa memburu, falconer akan membawa helang secara bertenggek diatas glove. Tugas falconer adalah "mengacau" semak samun untuk mengeluarkan mangsa dari tempat persembunyian. Sebaik sahaja mangsa melompat keluar dari semak, helang hendaklah memecut laju dan mengejar mangsa secepat mungkin sebelum mangsa masuk ke semak & bersembunyi lagi.

Sekiranya anda memburu menggunakan eagle, 3-4 kali mengepak yang pertama hanya untuk 'take-off', belum mengejar lagi. Sebaik saja ia mencapai kelajuan mengejar, mangsa dah pon masuk semula ke dalam semak. Oleh itu, sekiranya anda memilih eagle sebagai teman memburu, anda hendaklah memilih kawasan yang lapang untuk memburu. Semak samun & belukar bukan tempat yang sesuai untuk anda & eagle anda. 


12 comments:

  1. Salam.blh tak saya hubungi encik.sya baru dpt seekor anak helang kira umur 2 atau 3 minggu.baru nak keluar bulu kekal.saya perlu panduan untuk menjaga anak helang saya...
    .mossi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila email ke malay.falconer@gmail.com :-)

      Delete
  2. Apa yeah jenis helang yg mata dia merah badan putih kelabu..sy nk tau..

    ReplyDelete
  3. di malaysia..apa jenis helang yg sesuai dan popular utk memburu ayam hutan dalam ladang kelapa sawit..

    ReplyDelete
  4. berminat membela helang utk memburu ayam hutan..dan ada panduan penjagaan helang macamna..

    ReplyDelete
  5. Diet helang black wing kite ape bosku..susah la nk cari tikus..bg ayam boleh ke?

    ReplyDelete
  6. Shari diet helang black wing kite

    ReplyDelete
  7. Salam kenal tuan, boleh saya tahu macam mana nak apply lesen untuk membela burung helang? Tanpa lesen susah untuk saya membela burungnya.

    ReplyDelete
  8. Berminat nak bela.. Lesen utk pelihara CG ni senang dapat tak Tuan? macam mana nak apply? Terima kasih

    ReplyDelete
  9. falconry ni sebenarnya helang perburuan tu ke atau kemahiran helang berburu? atau sukan berburu menggunakan helang? mohon pencerahan.

    ReplyDelete