Pengurusan berat badan cara tradisional

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Pengurusan berat badan merupakan elemen penting dalam mendisiplinkan helang bagi memastikan latihan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang kita kehendaki. Sebelum wujudnya alat penimbang, kaedah merasa/meraba tulang rawan (keel bone) di dada helang digunakan. Kaedah ini mungkin masih digunakan oleh falconer Mongolia yang mengekalkan tradisi falconry dalam kehidupan mereka.



Rajah diatas diambil dari internet. Walaubagaimanapun, cara untuk mengetahui dengan tepat ialah dengan merasa/meraba dada helang anda. Berikut adalah cara saya mencari berat ideal dengan cara merasa/meraba keel bone. 

1) Bagi makan sampai kenyang setiap hari. Ini bertujuan untuk mendapatkan berat maksimum & membuatkan helang jadi gemuk. Setelah beberapa lama (seminggu/dua minggu), raba keel bone & rasai 'breast muscle'. Ini adalah kegemukan yang membuatkan helang tidak mahu terbang ke tangan.

2) Turunkan berat badan dengan cara mengurangkan jumlah makanan & cuba panggil ke tangan. Jika tidak datang, kurangkan lagi jumlah makanan

3) Ulang langkah (2) sehingga helang terbang ke tangan jika dipanggil. Raba keel bone & rasai 'breast muscle'. Ini adalah tahap kurus yang membuatkan helang mahu terbang ke tangan.

Konsepnya masih sama. Cuma alat penimbang menentukan berat malas/rajin seseekor helang manakala meraba keel bone menentukan gemuk/kurus seseekor helang. 

Gemuk/berat = malas
Kurus/ringan = rajin

Perkara paling penting dalam mencari berat ideal ialah elakkan dari membuatkan helang berpuasa kecuali keadaan terlalu mendesak. Itupon sekadar maksimum 36 jam. Sebaik2nya ialah dengan memberikan helang makan setiap hari tetapi sedikit sahaja.


0 comments:

Post a Comment