Molting a.k.a salin bulu

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Disini saya kongsikan pengalaman saya semasa proses molting Crested Goshawk. Molting bermula sekitar penghujung November 2014 atau awal Disember 2014. Menurut En. Alan Jenkins, molting mengambil masa antara 4-6 bulan mengikut spesis & lokasi atau iklim setempat. Biasanya molting kali pertama akan berlaku apabila burung mencecah usia dewasa atau tahun pertama. Ia akan menukar bulu juvana ke bulu dewasa. 

Memandangkan CG saya mula molting pada Disember 2014, saya andaikan dia adalah telur yg menetas pada Disember 2013 atau Januari 2014. Sehingga hari ini, April 17, 2015, proses molting masih berjalan. CG anda mungkin akan mula molting pada tarikh yang berbeza mengikut usia masing2. 


Apa yang berlaku semasa molting?

Bulu burung akan luruh satu persatu. Biasanya bermula dgn bulu yg rosak. Bulu-bulu halus macam kapas akan keluar. Kadang2 atas kepala, kadang2 kat atas kepak, kaki & dimana2 saja bahagian badan akan ada bulu sehalus kapas. Burung akan kerap menggoncang badan & bulu utk buang bulu kapas ni. Org Kedah kata mengelepiaq. Macam kucing basah nak keringkan badan.

Selain tu, akan ada serpihan kecik warna putih macam kelemumur. Saya andaikan serpihan kecik ni mungkin dari pangkal bulu pelepah yg luruh. Secara berperingkat2 bulu baru akan tumbuh & warna burung akan bertukar.

Perhatikan bulu putih halus pada bahu CG



Apa nak buat semasa molting?

Rehat. Bagi makan byk makanan berkhasiat, kurangkan latihan & semua aktiviti terbang bebas (free fly) dibekukan. Helang perlukan banyak protein untuk proses menggantikan bulu yang rosak atau menumbuhkan bulu baru. Untuk memastikan kelancaran proses molting, helang hendaklah direhatkan supaya banyak protein dapat digunakan untuk molting. Helang akan menjadi terlampau berat & malas. Sekiranya anda membenarkan helang terbang bebas, ada berhadapan risiko kehilangan helang anda. 

Walaubagaimanapun, latihan yang mudah mesti diteruskan. Helang perlu kembali kepada latihan dengan menggunakan creance. Helang mesti diterbangkan sebanyak bbrp kali mengikut kesesuaian. Mungkin sekadar 3-4 penerbangan pendek dan diakhiri dengan makan besar.

Permulaan molting. Perhatikan bulu ekor yang baru dibahagian tengah. Ia dipanggil deck feather. Di kiri & kanan adalah bulu ekor yang rosak.

Adakah molting memberikan kesan terhadap latihan?

Ya, molting memberikan kesan 'sampingan' terhadap latihan. Helang menjadi berat & malas. Pengalaman saya, mmg mengecewakan. Setelah dilatih, bole free fly, bole hunting practice/simulation, tetiba jadi tak ikut arahan. Paling rajin dia nak melompat pon sekadar 1m-2m. Tu pon sekadar lompatan pertama dari perch ke glove. Lebih dari tu mmg takmau mai. Tengok sana, tengok sini, buat pekak, buat tak tahu, tiup wisel sampai abih napas pon dia tak mai. Macam nak baling selipar, nak lempang, nak halau, macam2 rasa ada... Sakit ati...

Pada peringkat permulaan molting, mmg bole dipanggil macam biasa. Masuk bulan kedua, turun kepada 3-4 panggilan. Dah masuk bulan ketiga/keempat, panggil sekali jer pastu buat pekak badak. Hampeh...

Perbezaan bulu ekor lama & baru. Nampaknya semua bulu ekor CG yang lama patah separuh dari panjang yang sepatutnya.

Bagaimana mengatasi masalah degil selepas molting?

Training semula. Kembali semula ke Day 1. Cuma progress lebih cepat sebab dia cuma mengulangkaji pelajaran. Turunkan semula berat badan kepada berat ideal & mulakan latihan seperti hari pertama. Saya mengambil masa 4 hari untuk menurunkan badan CG ke berat ideal. Caranya adalah seperti berikut:

1) Puasa sehari (hari sebelumnya makan sampai kenyang maksimum)
2) Hari ke2-3-4: 

- Timbang berat (untuk check kadar penurunan)
- Panggil ke glove & makan tidbit bbrp ketul, sekadar alas perut. 
- Timbang semula (untuk memastikan tak mencecah berat malas
- Simpan dlm mew

3) Hari kelima: Latihan pengukuhan disiplin bermula. Timbang untuk memastikan berat badan ideal dah dicapai. Kemungkinan lebih berat dari berat ideal sblm molting atau mungkin lebih ringan.

Dulu
Sekarang


Pada hari kelima, CG masih menunjukkan kedegilan. Panggilan pertama berjawab. Dia mai kat glove & amek tidbit. Pastu buat pekak pada panggilan kedua. Setelah 15-20 minit, simpan dlm mew terus. Tinggalkan 1/2 jam. Ini akan membuatkan dia "berfikir sejenak"

Walaupun sudah mencapai berat badan ideal seperti sebelum molting, dia masih degil. Seolah2 lupa pada latihan sebelum molting. Selepas ditinggalkan 1/2 jam, latihan dilakukan sekali lagi. Dia seolah2 baru teringat yang dia kena lompat banyak kali.

Tidbit dikecilkan (1cm x 1cm) supaya dia tak puas makan setiap kali amek kat glove. Ini membuatkan dia nak amek lagi. Selepas 5-6 kali lompatan, saya bagi dia makan besar. Setiap lompatan cuma mengambil 2-3 saat setelah wisel dibunyikan. Sekiranya tak datang, semunyikan glove selama 10-20 saat. Ini akan memberikan isyarat "Hang nak makan, mai cepat. Lambat kalu, aku simpan". 

Disebabkan berat badan ideal telah dicapai & dia telah menerima hukuman supaya "memikirkan kesalahan", mmg response dia cepat. Tiup wisel 2-3 saat terus lompat ke glove. Dengan berat badan ideal, ini gerenti berlaku.

Berikut adalah kronologi lompatan:

1) Lompat 1m (tidbit halus)
2) Lompat 1m (tidbit halus)
3) Lompat 2m (tidbit halus)
4) Lompat 2m (tidbit halus)
5) Lompat 3m (tidbit halus)
6) Lompat 3m & habiskan makan

Upah tidbit pada setiap lompatan dinamakan positive reinforcement. Ada kerja, ada upah. 

Disini menunjukkan latihan hari pertama sudah mencecah 3m. Besar kemungkinan setelah seminggu akan boleh free fly semula. Tapi saya tak akan benarkan dia free fly kerana molting masih berbaki sebulan lagi.

Perhatikan perbezaan warna bulu. Semua bulu sayap yang baru berwarna hitam manakala bulu lama berwarna coklat. Bulu sayap yang baru telah menunjukkan panjang asal bulu sayap lama yang telah patah. Ini bermakna, selama ini CG saya terbang tanpa panjang sayap yang sepatutnya. Bulu hujung sayap dipanggil primary feathers. Ia umpama bilah kipas kapal terbang yang menentukan kelajuan pergerakan kapal terbang (Sumber: En. Alan Jenkins). CG saya seolah2 kapal terbang yang terbang dengan bilah kipas pendek yang menyebabkannya tidak dapat terbang laju & lincah.



Adakah molting memberikan kesan terhadap berat badan ideal?

Dalam kes CG saya, TIDAK. Mungkin kerana ini adalah molting pertama. Molting seterusnya mungkin ada penambahan berat badan. Pengalaman anda mungkin berbeza. Berikut adalah rekod berat ideal:

Sebelum molting
- Latihan pertama ketika mencari berat ideal: 270g (rajin + lapar)
- Latihan seterusnya: 280g (sangat rajin), 290g (rajin), 320g (malas)

Semasa molting*
- Latihan pertama ketika mencari berat ideal: 273g (rajin + lapar)
- Berat malas selepas latihan pengukuhan disiplin: 320g

* Molting masih berjalan ketika ini cuma sudah hampir sampai ke penghujungnya


Kalau dah molting, akan molting lagi tak?

Ya, akan molting lagi mengikut keperluan, pemakanan, faktor usia & iklim setempat* (Sumber: Alan Jenkins). 

* En. Alan Jenkins selalu merujuk kepada latitude & longitude iaitu kedudukan geografi sesuatu kawasan. Pada pemahaman saya, ia merujuk kepada iklim pada koordinat tersebut.

Beliau tidak dapat memberikan rujukan kajian saintifik bagi negara beriklim tropika. Ini bermakna kajian mat saleh hanya meliputi iklim negara mereka. Amat menyedihkan kerana kita tidak mempunyai sumber rujukan kajian terhadap raptor di negara beriklim tropika. Mungkin hanya disimpan di perpustakaan di IPT untuk rujukan pelajar, bukan untuk bacaan umum.

Pengalaman En. Alan Jenkins selaku ornitologis (pakar burung) dan falconer boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan umum. Namun bagi kita di negara beriklim tropika, saya berpendapat bahawa kita kena buat eksperimen sendiri terhadap raptor yang ada.

Perhatikan warna muka & kepala yang seakan2 kelabu berbanding warna coklat pada leher & keseluruhan badan. Ini adalah warna CG dewasa.



Lamanya molting. Boringnya takleh nak free fly. Bole bagi cepat ka?

Menurut En. Alan Jenkins, molting berlaku secara semulajadi. Jangan dicabut bulu yang rosak. Biarkan sistem badan helang melakukan tugasnya. Protein yang tinggi dalam badan akan membuatkan sistem badan helang membuang bulu rosak mengikut turutan yang betul & menumbuhkan bulu baru mengikut turutan yang sepatutnya. Selain dari itu, perbanyakkan berjemur. En. Alan Jenkins mencadangkan agar kita memasang lampu UV kat dlm mew untuk mewujudkan keadaan seolah2 siang & berjemur supaya molting berlaku dengan cepat. 

Saya cakap kat En. Alan Jenkins, di negara tropika, kita ada 12 jam malam & 12 jam siang. Kalau matahari terbit sekitar jam 0700, maka terbenam pon lebih kurang tu jugak sekitar 1900-1910. Kalau terbit pada 0720, maka terbenam lebih kurang 1920-1930. Dia tak terkata apa2 sbb cadangan lampu UV dlm mew tak berguna utk negara beriklim tropika.

Kat negara sejuk, kadang2 malam lebih panjang dari siang. Maka mew mat saleh dipasang lampu UV. Panas tghari kat negara depa pon macam pukoi 10-11 kat negara kita. Bole la berjemur sepanjang hari. Kalau kita jemur helang kat sini tghari, mau jadi burung kering...

Bath pan hendaklah sentiasa diisi dengan air bersih. Helang akan lebih kerap mandi & membersihkan diri kerana terdapat banyak bulu halus & "kelemumur" dari pangkal bulu pelepah yang luruh. Semasa molting, bulu halus & kelemumur ini hendaklah sentiasa dibersihkan. Ia mungkin mendatangkan penyakit seperti alahan yang menyebabkan selsema, batuk atau lelah.


Hasil molting pada April 27, 2015



1 comment:

  1. Assalammualaikum.. Masih aktif ke tuan? Sy Byk nk Minta pendapat. Kalau bole sy Nak no fon. Atau tuan watsup sy. 0176456786. Harap dpt membantu. Terima Kasih.

    ReplyDelete