Menjinakkan helang

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan untuk menjinakkan helang.

1) Kaedah paksa-rela
2) Kaedah bilik gelap

Saya suka kaedah paksa-rela berbanding kaedah bilik gelap. Buleh pilih mana2 kaedah yang kita mau. Takdak betoi/salah. Cuma pilih mengikut kesesuaian saja.

Kaedah paksa-rela

Kaedah ni ringkas saja. Letak helang di dalam rumah. Kalau bole, kat ruang tamu dimana dia akan sentiasa nampak kita. Mula2 mmg dia gelabah. Lama2 gelabah dia akan hilang. Kalau bole, siang malam bagi dia nampak kita atau ahli keluarga. Elakkan sebarang pergerakan mengejut atau bunyi kuat. Biarkan anak2 berlari dalam rumah & bermain seperti biasa. Cuma jangan bagi anak2 sergah helang.

Letak makanan dekat helang. Biar dia amek sendiri. Mula2 dia akan protes takmau makan. Biar jer. Bila kita tinggalkan dia sendirian, dia akan makan jugak. Lama2 dia akan terima kita sebagai org yg bagi dia makanan. Setiap kali nak letak makanan, bunyikan wisel. Pilih satu nada bunyi wisel & gunakan nada tersebut selama-lamanya sehinggalah kita membebaskan helang ke persekitaran liar.

Setelah helang mau makan makanan yang kita letakkan, cuba pakai glove, letakkan makanan atas glove, bunyikan wisel & hulurkan. Letak sehabis dekat. Kalau dia takmau amek, biar dulu. Lepas 2-3 jam, cuba lagi. Lama kelamaan dia akan amek. Apabila dia mau amek makanan dari atas glove, cuba naikkan helang ke atas glove.

Cara untuk menaikkan helang keatas glove ialah dengan meletakkan glove di perut helang atau lebih tepat lagi, pangkal peha. Kendian tolakkan glove kebelakang perlahan2 seolah2 nak bagi dia terlentang. Apabila dia rasa ditolak kebelakang, otomatik sebelah kaki dia akan pijak ataih glove. Apabila sebelah kaki naik atas glove, angkat perlahan2 & dia akan angkat kaki sebelah lagi. Bunyikan wisel & letakkan makanan atas glove. 

Keseluruhan proses ini mengambil masa lebih kurang seminggu. Kita perlu banyak bersabar. Sedangkan manusia pon susah nak diajar, apatah lagi haiwan. Sabar, sabar dan sabar.

Kaedah bilik gelap

Secara peribadi, saya belum pernah cuba kaedah ni. Apa yang akan saya ceritakan adalah dari pembacaan & dari dokumentari di YouTube. Caranya ialah dengan meletakkan helang didalam sebuah bilik yang gelap gelita macam waktu malam. Kalau tak dpt nak sediakan sebuah bilik khas utk tujuan ini, bole guna hood & tutup kepala dia. Tujuan diletakkan dalam bilik gelap (atau pakai hood) adalah supaya helang tak nampak sekeliling. Jika tak nampak, maka tak gelabah. Objektifnya ialah untuk membuatkan helang jadi tenang.

Biarkan dulu seketika sampai helang diam macam patung. Apabila tiba waktu makan, bunyikan wisel & hulurkan makanan. Letak jer dekat kaki atau paruh. Dia akan makan apabila lapar. Bagi makan hendaklah dilakukan dalam kegelapan jugak. 

Apabila helang dah biasa dengan bunyi wisel yang disusuli dengan makanan, barulah diberikan cahaya kat dlm bilik tu. Saya pernah baca di salah satu sumber di internet yang falconer Arab akan tutup cermin dengan langsir gelap. Kendian langsir dibuka sedikit demi sedikit setiap hari sampailah helang tahu siapa yang membunyikan wisel & menghulurkan makanan kepadanya. Dia akan terima org tersebut sebagai tuan. 



Falconer Pakistan pula menggunakan hood. Setelah bbrp lama, hood tersebut akan dilubangkan sedikit supaya helang dapat melihat sedikit. Kemudian lubang pada hood dibesarkan lagi. Apabila helang sudah biasa menerima orang yang memberikan makanan kepadanya, hood akan dibuka sepenuhnya.

Kedua2 kaedah diatas biasanya diikuti dengan membiasakan helang dengan kehadiran manusia. Falconer Barat mencadangkan kita buat parti di rumah. Letakkan helang kat ruang tamu & ajak kengkawan datang bersembang, makan minum, riuh rendah & sebagainya. Manakala falconer Pakistan pula meletakkan helang di tengah2 pasar yang sibuk dengan orang ramai.

Saya lebih suka helang yang hanya boleh menerima saya & tidak menerima kehadiran manusia lain. Ini boleh mengelakkan kejadian helang dicuri orang. 


10 comments:

  1. abang saya nk jumpa abg , bila nk mai kedah ?? huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kalau Glove warna Striking macam warna merah boleh ke? ke burung akan takot bila tengok warna merah?

    ReplyDelete
  3. Assalam. Banyak yg sy nk belajar. Klu boleh nk mintak tunjuk ajar. Ni wsap sy 0174015037

    ReplyDelete
  4. Sy mohon whtpp sy. Kalau ada group boleh invite sy. 0177797741
    Banyak prrkara yang perlu dipelajari

    ReplyDelete
  5. Bos ambil berpa lama masa boleh memburu

    ReplyDelete
  6. Salam..ada masa wsap sy..sy mau belajar 0145060429

    ReplyDelete
  7. New comer bang cek budak baru belajaq kalau salah tulong jolokan.. Eh tunjukan..CHE ambik besaq dah nk bonding dia ekshen... Gosok dada kena bagi dia kutey tangan dlu nasib tak belubang. kena ruqyah dlu pa bang???

    ReplyDelete
  8. Saya baru je dpt anak helang.. boleh wasap sy di 0167723407 - Azlan

    ReplyDelete
  9. Saya berminat nak tahu juga cara jaga. Ada ker group tele support utk belajar? Minta add saya 0162184083

    ReplyDelete