Melatih helang untuk JTTF/FTTF

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Disini saya cadangkan program latihan yang boleh dijadikan panduan. Saya telah melatih helang melalui pembacaan di internet & perkembangan latihan adalah terlalu perlahan. Setelah mendapat bantuan dari En. M. Alan Jenkins barulah latihan menjadi lebih berkesan.

Perkara pertama yang mesti dibuat ialah sasaran latihan mingguan. Jangan meletakkan sasaran terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jangan terlalu memaksa helang. Sabar, sabar & sabar.

1) Minggu pertama - 1m JTTF
2) Minggu kedua - 4m JTTF
3) Minggu ketiga - 10m FTTF
4) Minggu keempat - Free fly

Berikut adalah langkah untuk memulakan latihan:

Minggu pertama

1) Timbang berat helang setiap kali sebelum memulakan latihan. Pastikan berat badan berada pada berat ideal
2) Letakkan helang supaya bertenggek di perch
3) Panggil dari jarak 30cm-60cm. Umpan dalam glove ditunjukkan dengan jelas supaya helang tahu bahawa sesi latihan telah bermula
4) Tambahkan jarak lompatan sedikit demi sedikit setiap hari hingga mencapai sasaran untuk minggu pertama
5) Timbang berat badan setiap kali tamat latihan untuk mengesan sebarang perubahan pada berat 'malas'.


Minggu kedua

Latihan pada minggu kedua dan seterusnya hendaklah dilakukan dengan menggunakan creance. Creance adalah seutas tali panjang yang direntangkan diatas lantai/tanah. Leash ditukarkan dengan tali yang lebih panjang sekurang2nya 1.5m

Setiap kali glove dihulurkan & wisel dibunyikan, helang hendaklah datang ke tangan dalam masa kurang 10 saat. Sekiranya ia tidak datang dlm masa 10 saat, sembunyikan glove dibelakang anda & rehat dulu seminit/dua sebelum panggilan seterusnya. 

1) Timbang berat helang setiap kali sebelum memulakan latihan. Pastikan berat badan berada pada berat ideal
2) Letakkan helang supaya bertenggek di perch
3) Panggil dari jarak 30cm-60cm hanya untuk kali pertama. Umpan dalam glove ditunjukkan dengan jelas supaya helang tahu bahawa sesi latihan telah bermula
4) Panggilan kedua hendaklah dimulakan pada jarak sasaran minggu pertama
5) Tambahkan jarak lompatan setiap hari hingga mencapai sasaran untuk minggu kedua
6) Timbang berat badan setiap kali tamat latihan untuk mengesan sebarang perubahan pada berat 'malas'.


Minggu ketiga

Pada minggu ketiga, latihan hendaklah dilakukan di tempat terbuka. Latihan akan menjadi sukar kerana helang akan memerhatikan suasana persekitaran, burung2 kecil berterbangan, tupai yang melompat dari dahan ke dahan, kenderaan yang lalu lalang dan sebagainya.

Objektif latihan adalah helang tetap dapat dipanggil ke tangan walaupun dalam suasana yang mengganggu perhatiannya terhadap umpan yang dihulurkan serta tiupan wisel.

Dalam persekitaran terbuka, perhatian helang akan terganggu. Anda hendaklah menunggu masa yang sesuai sebelum meniup wisel. 

1) Timbang berat helang setiap kali sebelum memulakan latihan. Pastikan berat badan berada pada berat ideal
2) Perkenalkan helang dengan tempat bertenggek yang berubah2 misalnya pokok rendah, tiang pagar dan sebagainya. 
3) Panggil dari jarak 30cm-60cm hanya untuk kali pertama. Umpan dalam glove ditunjukkan dengan jelas supaya helang tahu bahawa sesi latihan telah bermula
4) Panggilan kedua hendaklah dimulakan pada jarak sasaran minggu kedua
5) Tambahkan jarak lompatan setiap hari hingga mencapai sasaran untuk minggu ketiga
6) Timbang berat badan setiap kali tamat latihan untuk mengesan sebarang perubahan pada berat 'malas'.

Latihan intensif turut diperkenalkan pada minggu ketiga. Cara latihan intensif adalah seperti berikut:

Bagi setiap kali lompatan dalam satu sesi latihan:

1) Ada upah
2) Ada upah
3) TIADA upah
4) Ada upah
5) TIADA upah
6) TIADA upah
7) Ada upah
8) TIADA upah
9) Ada upah
10) Habiskan makanan yang disediakan & tamat latihan

Anda bebas memilih mana2 lompatan yang hendak diberi upah & mana lompatan yang tiada upah. Lompatan pertama WAJIB ada upah sebagai menandakan latihan telah dimulakan.

Konsep ini adalah sama seperti konsep mesin judi. Ia akan membuatkan helang ketagih untuk lompat ke glove untuk mendapatkan upah dalam keadaan dia taktau lompatan mana yang ada upah.





Minggu keempat

Sebelum anda mencuba free fly, pastikan syarat berikut dipenuhi:

1) Boleh dipanggil datang dari jarak melebihi 10m
2) Boleh dipanggil datang dari sebarang tempat bertenggek
3) Datang dalam masa kurang 10 saat sebaik wisel dibunyikan

Sekiranya ketiga2 diatas dipenuhi, anda boleh cuba melakukan free fly. Sudah tentu dengan berat ideal. 




1 comment: