Latihan intensif setelah molting

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Selepas molting, helang akan berada dalam keadaan lembab. Dalam keadaan ini, helang tidak mampu mengejar mangsa dan besar kemungkinan akan cepat letih kerana kekurangan stamina. Latihan intensif diperlukan untuk mengembalikan kecergasan helang.


Hari Pertama (April 30, 2015)

- Latihan dibuat menggunakan 'tiring' iaitu ketulan makanan yang liat atau sukar dimakan seperti bahagian leher atau kepak ayam. 
- Tidbits tidak memberikan motivasi kepada helang untuk melompat & terus melompat. Mungkin kerana cebisan tidbits terlalu kecik.
- Tiring adalah ketulan yang besar & dapat dilihat dengan jelas. Ia memberikan motivasi yang lebih kuat kepada helang untuk melompat. 
- Cara pengunaan tiring dalam latihan adalah dengan memanggil helang ke glove & biarkan ia makan sedikit. Kemudian sembunyikan tiring & letakkan helang di mana2 tempat bertenggek & panggil semula.
- Hampir 10 kali lompatan sejauh 3m dibuat & helang berada dalam keadaan tercungap2


Hari Kedua (Mei 5, 2015)

- Setelah direhatkan selama bbrp hari, latihan intensif hari kedua memberikan keputusan yang lebih baik
- Helang melompat hampir 10 lompatan 3m serta 3 lompatan menegak setinggi 1m. 
- Lompatan menegak disebut 'power jump'. Ia membuatkan helang bekerja lebih keras untuk mendapatkan makanan
- Lompatan terakhir diakhiri dengan rampasan tiring oleh helang. Mungkin kerana leher ayam dah jadi semakin pendek & genggaman di glove semakin tidak kemas.
- Helang menunjukkan sedikit tanda penat tetapi tidak tercungap2. Selepas rehat pada lompatan ke5-6, lompatan seterusnya hingga terakhir menunjukkan helang semakin cergas.


Hari Ketiga (Mei 8, 2015)

- Upgrade ke 2m menegak. Saya berdiri atas kerusi & tegakkan tangan. Helang terbang menegak dari perch. 
- Pada anggaran saya, ia lebih dari 2m. Ketinggian kerusi +-60cm. Tinggi saya 162cm. Tangan diluruskan keatas, tambah lagi 60cm. Oleh itu jumlah ketinggian dari lantai +-280cm. Tolak kedudukan helang bertenggek di perch +-45cm dari lantai, maka ketinggian terbang menegak +-2.4m 
- Setelah melebihi 5 lompatan, pernafasan helang sedikit laju seperti org baru lepas berlari tetapi tidak menunjukkan tanda2 penat. Setelah lebih 10 lompatan pon masih kuat lagi & tidak menunjukkan tanda2 penat. Pernafasan normal, tidak tercungap2
- Kesimpulannya, stamina helang telah bertambah jauh lebih baik dari keadaan sblm molting
- Berat sblm latihan = 274g. Berat selepas latihan = 284g.
- Latihan dihentikan untuk mengekalkan berat ideal


0 comments:

Post a Comment