Kembali selepas molting

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'. 

Seperti yang telah diceritakan dalam topik Molting, helang yang melalui proses molting akan menjadi berat, malas & degil. Untuk membuatkan helang kembali taat pada arahan, proses pengukuhan disiplin perlu dibuat. 


* Berat badan ideal bagi CG saya (jantan) ialah 280g-290g. Berat ini berbeza mengikut CG masing2. Anda boleh menggunakan berat CG saya sebagai rujukan untuk mencari berat badan ideal CG anda. CG betina lebih berat dari CG jantan.


** Berat badan ideal adalah kunci kejayaan latihan. Sekiranya anda tidak tahu berat badan ideal helang anda, anda tidak boleh mengikut kaedah latihan seperti yang diterangkan dibawah.



Pengukuhan disiplin


Tujuan latihan pengukuhan disiplin adalah untuk membuatkan helang memberikan response terhadap bunyi wisel dalam masa kurang 10 saat selepas wisel dibunyikan. Sekiranya ia memberikan response selepas 10 saat atau langsung tidak memberikan response, ini bermakna helang anda terlampau berat. Latihan pengukuhan disiplin hanya boleh dilakukan sekiranya berat badan helang adalah ideal.


Kaedah pengukuhan latihan adalah seperti berikut:


1) Hulurkan glove & bunyikan wisel

2) Sekiranya helang datang dlm masa 10 saat = berjaya
3) Sekiranya helang tidak datang dlm masa 10 saat, turunkan glove & sembunyikan glove di belakang badan
4) Tunggu selama 10-20 saat
5) Ulang semula langkah 1-4. Sekiranya helang masih degil & tidak mahu datang setelah 10-20 minit, tamatkan latihan
6) Masukkan helang ke dalam mew & tinggalkan selama 1/2 jam
7) Ulang semula langkah 1


Berikut adalah kronologi proses pengukuhan disiplin:


Sebelum molting:


Berat rajin + lapar = 270g

Berat sangat rajin = 280g
Berat rajin = 290g
Berat malas = 320g


Selepas* molting:


* Molting masih berbaki lagi sebulan


Sehari sebelum latihan:

Berat "akibat" molting: 320g, malas & lompat sekali saja & jarak dekat. Bagi makan sampai kenyang sepenuhnya

Hari pertama:

Puasa untuk menurunkan berat badan


Hari kedua-ketiga-keempat:

- Timbang berat badan untuk memerhatikan penurunan berat.
- Makan hanya 2-3 tidbit bersaiz puntung rokok sekadar alas perut
- Timbang semula berat badan untuk memastikan tidak mencecah berat malas.
- Berat badan CG lambat turun kerana makan puyuh berlebihan. Daging merah (puyuh) / hitam (merpati) akan menyebabkan berat badan naik & lambat turun. Daging putih (ayam*) tidak menyebabkan berat badan naik & akan cepat turun. 

* Lemak ayam domestik akan menyebabkan helang menjadi gemuk & lambat turun berat badan (Sumber: Alan Jenkins)



Hari kelima (April 17, 2015):

- Berat turun kepada 273g. Dah mencecah berat rajin + lapar tapi masih degil. Lompat sekali & buat pekak terhadap wisel.
- Selepas 10-20 minit buat pekak terhadap wisel, latihan ditamatkan
- Hukuman bilik gelap dikenakan. Kena kurung dalam mew selama setengah jam
- Latihan dimulakan semula. Kali ni CG seolah2 telah "insaf". Panggilan wisel mendapat response dlm 2-3 saat.
- Setelah 4-5 kali lompatan yang mencecah jarak +-3m, latihan ditamatkan dengan makan besar
- Berat selepas latihan & makan besar, 320g. Berat malas


Hari keenam (April 18, 2015):

Puasa untuk menurunkan berat badan. Puasa hanya dilakukan sekiranya helang diberi makan sampai penuh temolok pada hari sebelumnya.


Hari ketujuh (April 19, 2015):

- Berat turun kepada 267g. Latihan dimulakan
- Response terhadap wisel amat bagus. Melompat setelah 2-3 saat wisel dibunyikan
- Latihan ditamatkan setelah 4-5 kali lompatan
- Berat selepas latihan & makan besar, 301g

Sila ambil perhatian bahawa kesan sehari puasa telah menurunkan berat badan sebanyak +-50g jika diberi makan ayam. Sehari puasa telah menyebabkan berat turun kepada 267g, lebih rendah dari berat ideal (280g-290g).


Pada April 17, 2015, berat badan akhir ialah 320g.

Pada April 18, 2015, puasa untuk menurunkan berat.
Pada April 19, 2015, berat telah turun kepada 267g, kurang 3g dari berat rajin + lapar iaitu 270g. Lebih kurang 50g telah hilang.

Sekiranya puasa dilakukan secara berlebihan, lebih banyak kehilangan berat akan berlaku & helang akan jadi lemah & tidak mampu terbang. Anda akan menyangka bahawa ia masih malas & menyambung puasa. Kesudahannya mati.


Berat badan ideal akan membolehkan helang diterbangkan setiap hari. Apa yang perlu dilakukan ialah menghadkan makanan supaya ia tidak mencecah berat malas & beratnya akan kembali kepada berat ideal keesokan harinya.



Hari ke 13 (April 25, 2015):
- Tak timbang berat. Fly on creance utk tangkap anak ayam. Anak ayam tak abih dengan sekali makan. Cuma separuh badan anak ayam kena makan.
- Pada hari Ahad, separuh lagi kena makan. Tinggal kedua2 belah kaki
- Pada hari Isnin, kedua2 kaki abih dimakan diikuti casting pada sebelah petang. 


Hari ke 16 (April 28, 2015):
- Berat 310g setelah makan anak ayam pada hari Sabtu, April 25, 2015. 
- Menunjukkan tanda malas total. Jenuh nak panggey. Amek dua tidbit (2 kali jump) & terus jadi patung. Latihan ditamatkan
- Selepas melompat ke glove, ia cuma mengambil tidbit & diam. Tidak meminta2 makanan seperti biasa. Hanya bertenggek di glove & memerhati sekeliling. Nampaknya kena turunkan berat semula. 

Nota khas: 
Kawalan berat badan tidak memberikan kesan terhadap molting sekiranya dilakukan pada fasa terakhir. Bulu baru masih memanjang, bulu lama/rosak dah kurang luruh serta bulu baru dah tak byk keluar. Ia mungkin memberikan kesan sekiranya dilakukan ketika molting baru bermula atau sedang berlaku dengan aktif. Sekiranya helang kekurangan zat akibat kawalan berat badan ketika molting, bulu yang tumbuh tidak elok & mungkin mudah patah.

Hari ke 17 (April 29, 2015)
- Puasa sehari utk turunkan sket berat badan

Hari ke 18 (April 30, 2015)
- Berat 284g. Amek satu tidbit & buat pekak. Latihan ditamatkan
- Sepatutnya response dia baguih. Ntah apa angin dia arini. Mungkin dia lebih berminat dengan burung2 liar yang dok melintas depan dia
- Hukuman utk degil ni senang saja.... Tamatkan latihan arini. Esok pulak makan. Lantak hang laaa berlapaq mlm ni



0 comments:

Post a Comment